Followers


Monday, October 8, 2012

tinta hati


"Dunia ibarat air laut.....semakin diminum semakin haus... jadilah engkau
didunia ini seakan seorang musafir... ambil bekalmu agar engkau sampai ke tujuanmu... negeri asalmu adalah akhirat, pulanglah dengan selamat wahai kawan...sang pencipta memberikan syarat mutlak agar engkau berbekal tauhid...tanpanya engkau tak akan diterima olehNya...bersihkan jiwamu wahai teman, dari segala noda kesyirikan...itulah bekalmu menghadap Robbuna. tanpa tauhid, sia-sia segala amal kebaikan, walau segenap insan negeluk-elukanmu"...
Ibnu Attaillah..

 

 

Monday, September 10, 2012

GAMBAR NAK BALIK RAYA KAT MALAYSIA 2012

Thursday, December 29, 2011

CORETAN........


alhamdulillah a praise to allah….
dah masuk 4 bulan aku bermastautin kat bumi Jordan nie..syukur segalanya baik-baik aja…pelajaran Alhamdulillah setakat nie ok lagi..hehe..utk sem1 nie aku amek 2 subjek aja madkhal tasyri3 ngan ulum quran..dokter yg mengajar aku baik sngat2..suka ambil berat kat kami pelajar malaysia..tambah-tambah budak first year cam aku nie..b.arab pon berterabur lagi..huhu..erm..makanan2 kat sini pon bleh tahan gak la sedap2.huh..hobi baru aku sekarang memasak..hahaha..nie nak share skit gambaq2 aku kat sini...hehehe..

makam muaz bin jabar...





makam abu ubaidah al-jarrah.....

bersama akak2 PINTAR..yg comei2..hehe

bersama anak-anak negeri penang...(MUTIARA)

bersama liyana ngan khaulah....
SAYA..yang semakin tembam..huh
PANTAI AQABAH,JORDAN........

PERLABUHAN AQABAH,JORDAN........


 Okaylah..setakat nie jerr lah..hehehe..saya akan final exam pada 12januari&17januari 20012..DOAKAN SAYA&RAKAN2...

Monday, October 17, 2011

KENAPA AKU DIUJI ??


KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...

Tuesday, September 13, 2011

jordan

assalamualaikum......

alhamdulilllah..hari ini masuk hari ke-5 aq di bumi anbiya" jordan...erm...suasana kat sini selamat lagi..hehe..kat sini insyallah aq akan belajar di universiti yarmouk..buat masa sekarang aq tinggal di sakan yarmouk...kat sakan yarmouk satu rumah 3orang...aq tinggal ngan kawan baru ku nawwar ngan nasuha..hehe..

 erm..aq pon dah tak tau nakk cita pa lagii..huhu...makanan kat sini ok la..tapi org arab kat sini suka makan roti la...aq pon dah try makan kebab ngan syarwarma jordan..ok la rasa nya..hehe..tapi actually aq  rindu makanan malaysia..kalau kat sini nak makan masakan malaysia kena la masak sendiri..huhuhu...
erm..sekarang nie aq nak tengah perbaiki aq punya penguasaan bahasa arab.huhuhu....
okay la nanti aq cita laen....sekarang  tgh busy skit..hehe...
mood:rindu sama family kat malaysia..huhuhu........


Monday, September 5, 2011

sebelum meninggalkan bumi malaysia...

hari nie p skolah ku yg ku cintai gi melawat cikgu2,ustaz,ustazah,jumpa kawan2 sebelum berangkat ke jordan hari jumaat nieyh....

depan rumah sewa student stam...(rumah oren)keh3....

dengan fasihah kat library skolah..
gambar ngan calon spm 2011..hehe..
zatie,me,miezah...huhu..bila lgi la kita dpt jumpa..
sama tpi tak serupa..hahaha...
p/s:harap2 dapt jumpa korang smua batch spm 2010 dmw..lagi nanti..huhuhu..


Sunday, August 28, 2011

Realiti Umat Islam Zaman Sekarang.....

Hiburan Yang Sia-sia


Kebanyakan televisyen kita sekarang lebih kepada melahirkan program hiburan yang menjatuhkan semangat berjuang orang Islam. Akademi Fantasia, Mentor, Mari Menari, Fuhh!, Melodi yang hampir setanding dengan hiburan barat. Banggakah kita sebagai umat Islam yang melihat hiburan Malaysia setanding dengan hiburan Barat? Tapi itulah realiti.
Mangsa Fesyen
"Ramai yang bertudung, OK la tu!." Mungkin semua orang fikir aurat muslimah hanya di kepala. Tutup kepala sudah laa, yang lain nak bukak pun tak pe. Betul tak? "Kenapa nak pakai labuh-labuh?" "Dah tutup aurat kira OK la ni!" "Aku nak jadi Muslimah yang bergaya." Ini antara dilema wanita Islam kini. Kononnya nak jadi stylo ala-ala muslimah. 




 
 Dunia hanya tempat persinggahan,biarlah bukan Ratu Fesyen disini. Tapi diakhirat nanti kita menjadi bidadari yang cantik dan bukannya diberi pakaian kehinaan.

Zina Yang Berleluasa
Kes pembuangan bayi makin berleluasa di Malaysia. Sampai bilakah anak kecil ini harus menanggung penderitaan atas 'cinta suci' mereka? Pemuda pemudi Islam buang bayi merata-rata tempat seperti membuang sampah! Tapi, inilah realiti dunia kita sekarang. Kalau Rasullullah S.A.W masih hidup ketika ini, apakah perasaan baginda melihat apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang...

Ramai Pemuda Islam Yang Lemah
Dulu, pemuda-pemuda Islam gagah menjadi singa di medang perang. Khalid Al-Walid, Salehudin Al-Ayubi, Mohammad Al-Fateh, Abu Bakar dan sahabat nabi yang lain sibuk membina kekuatan untuk mengalahkan musuh Islam. Hebatkan pemuda Islam, masa dan tenaga digunakan untuk berjuang. Berjuang, berusaha, berfikir sehingga Syiar Islam tertegak! Tapi itu dulu.. Pemuda Islam kita sekarang disibukkan dengan apa? Dadah, Rempit, Shuffle, Layan Video Lucah n etc. What funny guys! Lelaki inikah yang perlu dijadikan pebimbing Islam yang lain? -_-

Lelaki lambang kekuatan tentera Islam. Kekuatan jasad dan juga kekuatan dari hati. Muslim's men sepatut nya seperti Lions yang menegakkan agama-Nya. Betul tak?...