Followers


Sunday, March 20, 2011

SEBELUM MENEMUI INSAN YANG BETUL MENCINTAI KITA



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.  

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.


  Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .


Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. 

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... . 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.  

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..


Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam 

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamumengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu danmungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimuhendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...



Sunday, March 13, 2011

kebaikan ais dan air sejuk

Post kali nie nak...habaq pasai kebakain ais batu dan air sejuk...........nie fakta tau.......


 ~Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran
dan kepantasan pergerakan. ~


~Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar
tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. ~


~Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk
memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan
secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. ~


~Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. ~


~Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah
kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. ~


~Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa
yang keterlaluan. ~


~Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya~

benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana
mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk
melegakan batuk secara total.

~Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan
yang tidak disangka-sangkakan. ~


~Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan
yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi sawan. ~


~Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang
yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. ~

~Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan
tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih
cepat. ~

~Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya
lumpuh. ~

~Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang
tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit. ~

~Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang
mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang
jahat. ~

~Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat
lembut lagi mengharmonikan. ~

~Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. ~

~Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. ~

~ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut
kristal yang paling keras iaitu intan. ~


~Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh
dan menyeluruh. ~


~Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan
semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma
kembali sedar. ~

~Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik
asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. ~

~Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. ~

~Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang
dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. ~

~Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. ~

~Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin
merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan
keikhlasan. ~

~Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia ~

~ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian
perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di
                      awal pagi kerana ia menguatkan perut~

Colour Vibration Therapy :
Prof. Dr Norhisham wahab (Founder)

 

Saturday, March 12, 2011

SAYA SUKA MAKAN AIS!!!

  AQ  seorang yg sngat suka makan ais......bukan ais kream tu,yg tu favourite aq gak...tpi yg nieyh tak bleh tinggai walaupun sehari iaitu ais batu...keh3.....aq pernah gak cuba avoid tpi tak bleh lerr,tak tau knapa???....mak ngan ayah aq sampai berbuih-biuh mulut depa marah kat aq sebab suka sngat makan ais batu nieyhh....tapi aq tetap gak kunyah ais batu... (ceiyhh macam penaggih tegar la plakk)....tpi betoi la aq nak habaq kunyah ais niee memang arr syokkk bangat...tak tau laaa pasai paa???....bla kunyah ais qasa sejukk jeeww...hilang abih tension!!!......(tak percaya try la buat)

#ada gak senior aq masa dok kt asrama dulu kata kunyah ais nieyhh 'boleh menyebabkan otak kita lembab??btoi kaa.....mula2 tu aq takot gakk,tpi aq stay kunyah ais gakkk....(kesimpulannya kunyah ais tak der pon effect kat aq punya akedemik pon,walaupun kekadang ada gak subjek yg down tpi bukan disebabkan ais tu...tpi sebab aq gak yg tak bca buku he3..)

#ada gak orng kta kunyah ais batu boleh menyebabkan gigi rapuh???...ada btoi gak pendapat nieyhh...sebab gigi aq yg kt depan ada kesan macam kna terkikis....tpi aq tetap jugak suka kunyah ais,sebab aq ada baca satu artikel nanti aq habaq sebab apa .....

#NANTI AQ POST TENTANG KEBAIKAN AIS.....


Wednesday, March 2, 2011

Apa yang kau panggil cinta

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

buat hawa yang mencari sebuah cinta

Duhai Hawa yang hidup merata di bumi sebagai perhiasan,..Tahukah apa itu cinta yang sebenarnya sekalian Hawa ku? Mungkin saja kamu pernah menjadi orang yang menyesal kerana pernah mengenali cinta, mungkin saja kamu sering merasakan bahawa cinta itu selalu menyakiti hatimu.. kerana ketika itu kamu buta dan tidak mempelajari apa makna cinta itu yang sebenarnya..


Duhai Hawa yang wangi mekar bak bunga, cantik bak kelopak nan indah,. Sungguh, cinta itu menyenangkan bagi pemiliknya.. Cinta itu bisa menjadikan dari yang tidak memahami menjadi sangat memahami, itulah cinta jika difahami ertinya…

 
Cinta tidak seharusnya memiliki, tidak seharusnya menguasai, tidak seharusnya berkorban bermati-matian…tetapi cinta itu adalah sebuah anugerah bagi mereka yang mencari sebuah cinta yang diiringi keredhoan Allah yang telah menciptakan cinta itu…
 

Duhai Hawa yang hatinya rapuh bak kaca… cinta itu sebuah perasaan, yang di dalam perasaan itu ada rasa syukur dan mengerti.. itulah cinta duhai hawa.. Namun apakah di antara kita menghargai semua itu? Tidak.., tidak semua hawa menghargai itu..ada diantara kita yang terus membazirkan air mata kerana terlalu kecewa… Bangkitlah dan lihatlah langit, lihatlah mendungnya…tidak selamanya terus seperti itu..
Air mata bukanlah bayaran bagi sebuah harga diri, tetapi air mata itu adalah salju yang membasahi pipimu sewaktu hatimu bertemu Tuhanmu di malam sepi penuh kegelapan tanpa cahaya…

Duhai Hawa yang terlindung dengan kelembutan… hatimu milik Allah satu-satunya.. mengapa harus mengorbankan hatimu untuk sebuah cinta yang tidak pasti milikmu?? Itu hanya sebuah pembaziran yang tidak terlihat oleh matamu yang indah itu…


Buat Hawa yang mencari sebuah cinta…
Dekatkanlah dirimu dengan sering membaca ayat-ayat Allah.. pasti di dalamnya kamu akan menemui dan mengerti cinta yang sesungguhnya… yang sama sekali tidak akan menyakiti hatimu, malah akan lebih menyenangkan hatimu,..dan itulah cinta yang dimiliki oleh hamba-Nya yang ikhlas lagi bersyukur
…..insyaAllah..

air mata cinta

duhai sahabatku...

bukalah mata kamu yg indah itu.. lihatlah bahawa ada yg lebih menyintai kamu! Dia..Dia lah yg lebih menyintai kamu.. kamu harus sedar itu!

berhentilah menangis sahabatku.. kamu bknlh seorang yg diciptakn lemah tiada daya, Allah hanya sedang menguji kamu.. bangkitlah.. kesat air mata kamu itu..

jika Allah memisahkan kamu dengan apa yg kamu cintai.. percayalh bahawa ada yg lebih baik dari itu yg akan Allah berikan utk kamu.. kamu percayakan dgn janji2 Allah?? Dia xkan pernah memungkiri janji Nya,.. dan janji Allah itu adalah buat org2 yg sabar dan redha...

dan ingtlh, segala di dunia ini adalah pinjaman buat kamu, kamu tidak memiliki apapun.. jd knp kamu harus bersedih oleh krn perkara yg sia-sia, percuma!! ..dia bkn milik kamu.. krn kamu sendiri tidak memiliki diri kamu.. kalian itu milik Allah.. kita milik Allah!

..janganlah menangis lg... biarkan dia pergi meninggalkn kamu.. sungguh ia tidak merugikan kamu sedikit pun.. percayalah.. Allah itu Maha Adil sahabatku.. Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buatmu.. sedang kamu tidak mengetahui apa pun...


air mata cinta,

biarkanlah ia mengalir untuk Rabb mu,

bkn utk dia,

bkn utk apapun,

krn air mata itu sangat berharga,

ia adalah senjata,

ia mahal utk dibazirkan percuma,

jangan biarkan ia kering sia-sia,

sehingga ia tidak lg tersisa...!!