Followers


Monday, June 27, 2011

air itu penting

Penting sangat kah air kosong didalam badan kita ni?
Ok jom hampa bayangkan sistem badan hampa ibarat sebuah engin kenderaan kereta, motor dan etc apabila tangki air radiotar kenderaan kering, serta merta “overhetaing” akan berlaku. Macam tu lah sebaliknya…
 Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari?
Ramai yang tak tahu awat kena minum  8 gelas? Mana mai nombor ajaib ini?
ok saya terangkan sikit dan ringkas ada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari dan mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kira² 8 gelas) setiap hari” Jumlah 2.5L ini bedasarkan kiraan mL air diperlukan untuk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita mmerlukan kira2 2500 cal setiap hari)….

Kenapa  air sangat perlu kepada korang?

Time kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan ada di dalam perut sekejap untuk proses penghadaman. Air (orang utara sebut ayaq) yg diminum digunakan utk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan dah jadi lembut akan dihantar ke usus utk tujuan serapan. (budak Bio mesti tau bab² macam ni) so, kalau hampa tidak cukup minum air, sistem pencernaan akn mengambil cecair dr darah, perut dan usus agar makanan yg hendak diproses akn menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.
So …jangan hampa tunggu sampai hampa terasa haus baru hampa hendak minum!.. kena minum sentiasa. Ala bukan susah pun air mineral kan banyak jual, abis sangat pun hampa bawa la botol susu air sendiri, setiap berapa jam skali, minum terus 2-3 gelas atau sampai penuh perut kita. Tiadanya had kita untuk mnum air sbenarnya.. mksudnya, minum sehari 8 gelas bukan lah hadnya, jadi mesti minum air sntiasa ok?....

SUMBER  DARI

AIR

Assalamualaikum……huh..hari terasa gatai tangan plak nak menulis…erm..ari nie nak cita pasai pa arr???ha!!dapat dah….tada!!!!!!surprise!!....
kalau tengok zaman sekarang ni yang rajin bawak air pergi kelas budak-budak cina je . budak-budak melayu yang bawak bekal air pergi sekolah nie jarang arr yang bawak pun tak ramai mana sangat….lagi2 budak lelaki melayu.. diorang kata tak macho la pergi kelas bawak botol air nih . macam budak kindergarten je !!
 hahhhaa !elok sangat lah tu cik abang,cik kak oiii .. karang yang tertidow tersengguk sengguk macam budak tadika kat belakang kelas tuh muka kau jugak . …
dulu..masa aq nak p skolah mak aq mesti pesan ‘bekal ayaq bawak dak giii???...aq jawap balik kat mak aq ‘tak bawak tak bleh ka maK??’huh..aq dulu masa kat skolah rendah kaki menjawap bila mak aq cakap..he3…bila naek skolah menengah tabiat m’jawap tu hilang skit demi sedikit..haha..mak aq selalu kata “kalau kak tak bawak bekal ayaq p skolah sat gii pensan kot kat skolah kurang oksigen sebab dalam badan kurang air”….memang sejak dulu lagi aq sudak didik oleh mak ku supaya bawak bekal air masa nak p skolah or ke mana2 aja lah..
aq kalau tak bawak bekal ayaq p skolah memang tak bleh
hidup lah[KECUALI KALAU POSA TAK BWAK LERR]..kalau rasa
boring2 ja dalam kelas aq mesti aq teguk ayaq 
kekadang kalau aq terlupa bawak ayaq mineral p skolah aq tebai beli la kat kantin skolah...huh kalau mak aq tau mesti dia marah punya..mesti dia kata cam nie kat aq"ayaq mineral pon hang beli ka..baek amek kat umah@asrma[masa skolah menengah] jaa freee ja tak gaduh kna bayaq"....huh.....

erm...ari tu mak aq ada habaq kata budak2  student mak aq kat skolah mesti bawak bekal air ke sekolah terutamanya budak cinalah.....depa stail bawak botol air nie bukan botol yang kecik2 punya..budak cina selalunya depa akan bawak botol air yang besaRRR PUNYA!!!......LEBIH KURANG CAM NIE KOT!!
 masa aq nak p belajaq memandu ari tu pon ada gak nmpak 4-5 orang cina nak p kja kat pejabat bawak bekal ayaq...depa galas kat tepi bahu lebih kurang cam nie la botol ayaq depa...tak kan hmpa tak pernah tengok kot!!
huh...siap ada harga lagi tu..kalau nak beli..ODER kat stokis tupperware arr....


Isu yang agak sering kita dengar; kenapa orang Cina kaya, pandai; kenapa orang Melayu bila belajar malas, buka bisnes gulung tikar, kaum subsidi dan sebagainya. Kenapa? Persoalan sekarang bukan kenapa orang Melayu malas. Itu namanya mencari alasan. Sedangkan untuk menyelesaikan masalah, kita perlukan penyelesaian....
kesimpulannya: rajin-rajinlah membawa bekal air ke mana-mana sahaja anda pergi kerana air amatlah penting untuk tubuh badan kita dan air jiga dapat membantu kita berfikir secara rasional!!..benarlah kata pepatah "badan sihat otak cergas"!!.....
 


Sunday, June 19, 2011

TINTA

 Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As 
Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail  
 Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. – Ibrahim Annakha’i 

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib 
 Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi