Followers

Sunday, August 28, 2011

Realiti Umat Islam Zaman Sekarang.....

Hiburan Yang Sia-sia


Kebanyakan televisyen kita sekarang lebih kepada melahirkan program hiburan yang menjatuhkan semangat berjuang orang Islam. Akademi Fantasia, Mentor, Mari Menari, Fuhh!, Melodi yang hampir setanding dengan hiburan barat. Banggakah kita sebagai umat Islam yang melihat hiburan Malaysia setanding dengan hiburan Barat? Tapi itulah realiti.
Mangsa Fesyen
"Ramai yang bertudung, OK la tu!." Mungkin semua orang fikir aurat muslimah hanya di kepala. Tutup kepala sudah laa, yang lain nak bukak pun tak pe. Betul tak? "Kenapa nak pakai labuh-labuh?" "Dah tutup aurat kira OK la ni!" "Aku nak jadi Muslimah yang bergaya." Ini antara dilema wanita Islam kini. Kononnya nak jadi stylo ala-ala muslimah. 




 
 Dunia hanya tempat persinggahan,biarlah bukan Ratu Fesyen disini. Tapi diakhirat nanti kita menjadi bidadari yang cantik dan bukannya diberi pakaian kehinaan.

Zina Yang Berleluasa
Kes pembuangan bayi makin berleluasa di Malaysia. Sampai bilakah anak kecil ini harus menanggung penderitaan atas 'cinta suci' mereka? Pemuda pemudi Islam buang bayi merata-rata tempat seperti membuang sampah! Tapi, inilah realiti dunia kita sekarang. Kalau Rasullullah S.A.W masih hidup ketika ini, apakah perasaan baginda melihat apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang...

Ramai Pemuda Islam Yang Lemah
Dulu, pemuda-pemuda Islam gagah menjadi singa di medang perang. Khalid Al-Walid, Salehudin Al-Ayubi, Mohammad Al-Fateh, Abu Bakar dan sahabat nabi yang lain sibuk membina kekuatan untuk mengalahkan musuh Islam. Hebatkan pemuda Islam, masa dan tenaga digunakan untuk berjuang. Berjuang, berusaha, berfikir sehingga Syiar Islam tertegak! Tapi itu dulu.. Pemuda Islam kita sekarang disibukkan dengan apa? Dadah, Rempit, Shuffle, Layan Video Lucah n etc. What funny guys! Lelaki inikah yang perlu dijadikan pebimbing Islam yang lain? -_-

Lelaki lambang kekuatan tentera Islam. Kekuatan jasad dan juga kekuatan dari hati. Muslim's men sepatut nya seperti Lions yang menegakkan agama-Nya. Betul tak?...

No comments: