Followers


Sunday, August 28, 2011

Realiti Umat Islam Zaman Sekarang.....

Hiburan Yang Sia-sia


Kebanyakan televisyen kita sekarang lebih kepada melahirkan program hiburan yang menjatuhkan semangat berjuang orang Islam. Akademi Fantasia, Mentor, Mari Menari, Fuhh!, Melodi yang hampir setanding dengan hiburan barat. Banggakah kita sebagai umat Islam yang melihat hiburan Malaysia setanding dengan hiburan Barat? Tapi itulah realiti.
Mangsa Fesyen
"Ramai yang bertudung, OK la tu!." Mungkin semua orang fikir aurat muslimah hanya di kepala. Tutup kepala sudah laa, yang lain nak bukak pun tak pe. Betul tak? "Kenapa nak pakai labuh-labuh?" "Dah tutup aurat kira OK la ni!" "Aku nak jadi Muslimah yang bergaya." Ini antara dilema wanita Islam kini. Kononnya nak jadi stylo ala-ala muslimah. 




 
 Dunia hanya tempat persinggahan,biarlah bukan Ratu Fesyen disini. Tapi diakhirat nanti kita menjadi bidadari yang cantik dan bukannya diberi pakaian kehinaan.

Zina Yang Berleluasa
Kes pembuangan bayi makin berleluasa di Malaysia. Sampai bilakah anak kecil ini harus menanggung penderitaan atas 'cinta suci' mereka? Pemuda pemudi Islam buang bayi merata-rata tempat seperti membuang sampah! Tapi, inilah realiti dunia kita sekarang. Kalau Rasullullah S.A.W masih hidup ketika ini, apakah perasaan baginda melihat apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang...

Ramai Pemuda Islam Yang Lemah
Dulu, pemuda-pemuda Islam gagah menjadi singa di medang perang. Khalid Al-Walid, Salehudin Al-Ayubi, Mohammad Al-Fateh, Abu Bakar dan sahabat nabi yang lain sibuk membina kekuatan untuk mengalahkan musuh Islam. Hebatkan pemuda Islam, masa dan tenaga digunakan untuk berjuang. Berjuang, berusaha, berfikir sehingga Syiar Islam tertegak! Tapi itu dulu.. Pemuda Islam kita sekarang disibukkan dengan apa? Dadah, Rempit, Shuffle, Layan Video Lucah n etc. What funny guys! Lelaki inikah yang perlu dijadikan pebimbing Islam yang lain? -_-

Lelaki lambang kekuatan tentera Islam. Kekuatan jasad dan juga kekuatan dari hati. Muslim's men sepatut nya seperti Lions yang menegakkan agama-Nya. Betul tak?...

Tuesday, August 23, 2011

hakikat


   Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari kehadirannya. Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah… Diberikan kepada yg pandai membalas CINTA... 
 
usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan
atas limpahan kasihNya juga kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.

Saturday, August 13, 2011

mahasiswa ke luar negara

kredit to kak odah...he3
Akhirnya tamat sudah program btn transfomasi siswa ke luar Negara yang berlangsung selama 5hari….bnyak pengalaman yg aq dapat melalui program ini…..dan semestinya dapat ramai kawan….hehehe….majoriti yg datang khursus ini akan melanjutkan pelajaran ke Jordan……….program ini terdiri daripada pelajar tajaan dari 3negeri…pulau pinang,kedah dan perak………..kmi semua nie betuah kna p btn bln posa sebab tak der ujian fizikal…yahoooooooo……

p/s:jumpa kalian di jordan nanti........

Sunday, August 7, 2011

birotata negara 2011

salam...hari nie aku akan ke btn untuk  plajar ke timur tengah....yup alhamdulillah pmohonan aq untuk smbung bljar kat jordan diterima.....
tempat btn:btn balik pulau
tarikh"8ogos smpai 12 ogos 2011........

p/s :moga2 segala urusan dipermudahkan.......ameen~

Sunday, July 31, 2011

AHLAN YA RAMADHAN

 Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. 
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 

RAMADHAN KAREEM!!!!

Wednesday, July 20, 2011

renung....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

 Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
 Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
 IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
 Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
 Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Sunday, July 10, 2011

BERSIH

ASSALAMUALAIKUM……..
9 julai 2011 BERSIH 2.0….
 BERSIH2.0 adalah satu pehimpunan dimana ianya diketuai oleh Ambiga Sreenevasan, [ketua demonstrasi BERSIH 2.0]…Sebenarnya perhimpunan BESIH 2.0 pernah dilakukan sebelum ini pada 10 Oktober 2007..iaitu sebelum berlakunya PILIHANRAYA YANG KE -12 pada tahun 2008..perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Antara 8 tuntutan yang dikemukakan oleh bersih2.0 adalah

1-Bersihkan senarai undi

2-Mereformasikan undi pos

3-Gunakan dakwat kekal

4-Akses media bebas & adil

5-Masa berkempen minima 21 hari

6-Kukuhkan institusi awam

7-Hentikan rasuah

8-Hentikan politik kotor

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

PERHATIAN
-         Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa meraka kata perhimpunan bersih haram???....

Mereka kata, perhimpunan aman itu akan bertukar kepada tidak aman. Mana ilmu meraka dapat sehingga mampu membaca masa hadapan. Dan kenapa polis hari ini diberi tugas untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0??. Polis kini hak milik rakyat, dan seharusnya polis menjaga rakyat bukannya menjadi kuli KERAjaan ataupun mana-mana parti politik yang bertujuan untuk kepentingan peribadi.…
BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat bukan untuk mana-mana parti.
Don't call us a democracy if there s no suffic safeguards~