Followers


Sunday, July 10, 2011

BERSIH

ASSALAMUALAIKUM……..
9 julai 2011 BERSIH 2.0….
 BERSIH2.0 adalah satu pehimpunan dimana ianya diketuai oleh Ambiga Sreenevasan, [ketua demonstrasi BERSIH 2.0]…Sebenarnya perhimpunan BESIH 2.0 pernah dilakukan sebelum ini pada 10 Oktober 2007..iaitu sebelum berlakunya PILIHANRAYA YANG KE -12 pada tahun 2008..perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Antara 8 tuntutan yang dikemukakan oleh bersih2.0 adalah

1-Bersihkan senarai undi

2-Mereformasikan undi pos

3-Gunakan dakwat kekal

4-Akses media bebas & adil

5-Masa berkempen minima 21 hari

6-Kukuhkan institusi awam

7-Hentikan rasuah

8-Hentikan politik kotor

1. Bersihkan senarai undi
Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

PERHATIAN
-         Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa meraka kata perhimpunan bersih haram???....

Mereka kata, perhimpunan aman itu akan bertukar kepada tidak aman. Mana ilmu meraka dapat sehingga mampu membaca masa hadapan. Dan kenapa polis hari ini diberi tugas untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0??. Polis kini hak milik rakyat, dan seharusnya polis menjaga rakyat bukannya menjadi kuli KERAjaan ataupun mana-mana parti politik yang bertujuan untuk kepentingan peribadi.…
BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat bukan untuk mana-mana parti.
Don't call us a democracy if there s no suffic safeguards~

No comments: