Followers

Tuesday, May 17, 2011

hanya pesanan

Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia- sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.
Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana ke...banyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
 
Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang diluar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cintakan dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.
Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearah-Nya. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga. insyaALLAH..
sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ::Fatimah Syarha::

1 comment:

Sofya said...

dr Fatimah Syarha... patuhlah macam pernah baca ja.. ;)
bestkan buku tu..