Followers

Sunday, April 24, 2011

TAUTAN KASIH

ALLAH S.W.T berfirman
 “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Sebagai seorang muslim kita tdak perlu malu untuk m'mohon dan merintih kepada allah s.w.t...
sememangnya hakikat kejadiaan manusia adalah lemah...
MENGAPA KITA PERLU BERDOA??

  Mengekalkan Hubungan dengan Allah Setiap Masa
 #Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segala-galanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali yang akan dihanyutkan oleh gelombang hidup tanpa arah tuju yang pasti.
 #INGAT DAN YAKINLAH PADA JANJI ALLAH SWT 
Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)
  ketenangan itulah hakikatnya sebuah kebahagiaan... Jelas di sini, orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stres yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah apatah lagi apabila dia memerlukan pertolongan. Terbukti hasil kajian dan pemerhatian sejak zaman berzaman, orang yang kuat beragama jarang sakit jiwa apatah lagi membunuh diri. Apa yang agama telah beri sehingga mereka berani menghadapi hidup ini? Ya, doa!

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah diberikan oleh allah s.w.t kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoalah kepadaNya...

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH JIWAKAN MENJADI TENANG



2 comments:

iqbalsyarie said...

Nice post! really nice. Penggunaan gambar-gambar yang pelbagai sangat membantu menimbulkan minat, dan memudahkan kefahaman. Nice~ really.

hidayati said...

SYUKRAN2 IQBALSYARIE...NANTI SENANG-SENANG MAI LA ZIARAH BLOG NIE LGI...