Followers


Friday, February 25, 2011

post baru punye!!!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

sebenaqnya ntah kali nie aq terpikiaq nk post tentang nieyhhhh.....

tudung sanggol tinggi a.k.a tudung bonggol unta...

Ramai wanita yang kurang tahu tentang hukum pakai tudung dengan betul n ramai yang pakai tudung sepeti bonggol unta...

 baru-baru nie,bru aq tau mcm mna diorg bgi tinggi2 sanggol rupa-rupanya depa pakai benda niee...








 #sanggul2 rambut seperti ini sudah mula dijuai dipasaran malaysia hrganya kalau tak silap lebih kurang 20hinggit.....patut arr tinggi semacam jaa,depa pakai tudung rupa2nya ada pin sanggul rambut disebalik tudung...........he3..

 s0, hari ni aku nak bagitau hukum memakai tudung seperti bonggol unta....... actually,hadis ini mesti dah pernah dibaca oleh student form5 yang penah blajaq pendidikan syariah islamiah kt skolh agma......


 daripada Hadis sahih : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.
Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



Ada yang pendapat seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.



SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda :Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah? (Hr Bukhari Muslim)


Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.


SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

K
esimpulan :

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap dalam perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan.


p/s: post kali ini bukanlah untuk menjatuhkan air muka sapa2,tpi untk dikongsikan sedikit pandangan dari aq berdasarkan syariat.......

 

No comments: