Followers


Tuesday, May 17, 2011

hanya pesanan

Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia- sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.
Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana ke...banyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
 
Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang diluar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cintakan dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.
Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearah-Nya. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga. insyaALLAH..
sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ::Fatimah Syarha::

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU!!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
  
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
 ~A GREAT TEACHER...TAKES A HAND...OPENS A MIND...AND TOUCHES A HEART.....
~SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.....TERIMA KASIH CIKGU!!~

Thursday, May 5, 2011

TOLONG SAYA!!

TOLONG!!TOLONG!! SEKARANG NIEYH SAYA SNGAT-SNGAT MEMERLUKAN BANTUAN DARI ANDA SEMUA...
 EIHH2....SAYA BUKAN NYA NAK MINTAK DERMA PON DARI ANDA SEMUA.....SAYA CUMA NAK MINTAK ANDA TOLONG DOAKAN UNTUK SAYA...AGAR SAYA SAYA LAYAK M’DPAT PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM UM [SYARIAH]. ...
NIE UNIVERSITI MAK NGAN AYAH KU SUATU KETIKA DULU...he3

p/s:Please2...tolonglah doakan untuk saya n also untk kekawan saya jugak moga2 kami m'dapat yg terbaekkk.....ESOKK K'PUTUSAN UPU KLUAQ...

   I NEED YOUR HELP!!!
 

Wednesday, May 4, 2011

RINDU LAGI!!

Huhu...virus datang lagi..sekarang pukul 3.36pagi 5 mei 2011..aq tak boleh nak lelapkan mata lagi...tetiba jaa teringat kat kekawan ku..kat dmw1..ampa memang terbaekkk!!

kelas spm 2010 as-sayuthi..syang sma ampa
 skolah ku yg t'chinta..
 classmate ku...
 nie dlam dewan spm2010..msa lps susun tmpt untk KAMI EXAM SPM..
 time jemuan jamuan akhir tahun...
 me..with cik sally
 ustz kamil with ex-KP.kmi..
time bukak posa kat umah ustz.kamil..aq tak p pon umah ustz.buzy ngan family..he3..insyallah kalau ada rezki sy p umah ustz..
kem k'merlangan spm 2010...
kem terbaek!!langsat..smra 2009
 kenangan terindah!!
 langsat!!

 nie smua kawan2 yg aspuri aisyah form4..batch2006-2010
msa aq form4..muka suci lgi..he3
 hostel aq 2007 zmn jahiliah lgi..msa form2
[smua muka monyok jew stai kna paksa..haha]

TERIMA KASIH BUAT WARGA PENDIDIK SMUA!!
 aq pasti merinduii..lorong2 gelap nieyh..
kelas aq!!
 nie aq..he3
 aq lagi!!jngan marah..haha
 nie antara kwn rpat ku DAYAH..dri form1 smpai skarang...
 kami lgi..nie msa lps amek result spm kmi yg cemerlang tu..[LOKASI KFC K.BATAS]he3..
 aq kat labry skolah..
[AWAT YG AQ P PAKAI SELIPA TU] haha...

SEKIAN TERIMA KASIH!! 
MOGA KITA SEMUA DI PERTEMUKAN LAGI...AMEEN...

BY: NUR HIDAYATI HARUN
5 MEI 2011